Selamat Datang

PENGILANG UIP RQAP LGM

Sistem eRubber Processor berfungsi untuk memberi kemudahan kepada pengilang pemprosesan getah merekodkan maklumat profil kilang, pembelian, pemprosesan, penjualan dan stok getah. Bahan mentah yang dibeli oleh pengilang akan diproses menjadi gred-gred SMR/Sebatian dsbnya. Sistem ini berupaya menyimpan maklumat seperti profil penjual getah samada tempatan atau negara asal getah yang dibeli, profil kilang, kuantiti dan jenis bahan mentah yang dibeli, kuantiti dan jenis gred yang diproses, profil pembeli tempatan, kuantiti dan gred untuk pasaran tempatan, negara pengimport dan kuantiti dan gred untuk dieksport. Sistem ini juga berupaya mengira stok bahan mentah (mengikut jenis) dan gred yang diproses di setiap kilang.
 
Unit Inspektorat dan Penguatkuasaan (UIP) akan memantau semua maklumat yang dikuncimasuk oleh pengilang dari masa ke semasa disamping melayani setiap maklumbalas yang dihantar oleh pengilang melalui sistem ini. Manakala Regulatory & Quality Assurance Program akan memantau gred-gred SMR yang dibenarkan untuk diproses oleh pengilang.
 
Laporan-laporan yang dihasilkan oleh sistem ini boleh diakses oleh pengguna-pengguna di LGM tertakluk kepada mereka yang diberikuasa oleh Ketua Pengarah di bawah Akta LGM 551

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Unit Inspektorat dan Penguatkuasaan

Dibangunkan oleh Unit Teknologi Maklumat + Unit Inspektorat & Penguatkuasaan, Lembaga Getah Malaysia, 2015. Hakcipta Terpelihara.