Selamat Datang

     
Masukkan Kod eRP Anda
 
Muat Turun Microsoft Silverlight Panduan Laporan-laporan eRP
Jika belum menjadi ahli, anda dikehendaki mendaftar.
Setelah mendaftar, anda perlu melakukan pengesahan email.
Adakah anda terlupa Kod eRP?
Peringatan: Peraturan-Peraturan Lembaga Getah Malaysia (Pelesenan Dan Permit) 2014 :-
  Penyenggaraan rekod dan dokumen.
(1) Pemegang lesen hendaklah menyenggarakan suatu rekod yang terkini dan benar mengenai semua transaksi dan dokumen berkaitan berhubung dengan lesen itu dalam bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
(2) Rekod dan dokumen yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris.
  (3) Tiap-tiap pemegang lesen hendaklah memastikan bahawa semua rekod dan dokumen yang disebut dalam subperaturan (1) disimpan bagi suatu tempoh yang tidak kurang daripada tiga tahun dari tarikh kemasukan akhir atau penyempurnaan rekod dan dokumen itu.
  (4) Rekod dan dokumen yang disimpan hendaklah dijadikan tersedia bagi pemeriksaan oleh pegawai yang diberi kuasa di premis yang dinyatakan dalam lesen itu.
  (5) Seseorang yang melanggar subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
  Kehendak untuk memberikan maklumat dan dokumen.
  PERATURAN 55
  (1) Pada menjalankan fungsi dan kuasanya, Lembaga boleh, melalui notis secara bertulis menghendaki mana-mana orang untuk memberikan apa-apa maklumat atau dokumen yang difikirkan perlu oleh Lembaga mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh Lembaga.
  (2) Seseorang yang –
(a) enggan atau mengabaikan tindakan untuk memberi maklumat atau dokumen yang dikehendaki; atau
(b) dengan sengaja memberikan apa-apa maklumat atau dokumen yang dikehendaki di bawah subperaturan (1) melalui apa-apa notis yang tidak lengkap, palsu atau tidak tepat,
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Hubungi Kami
Dibangunkan oleh Unit Teknologi Maklumat + Unit Inspektorat & Penguatkuasaan, Lembaga Getah Malaysia, 2015. Hakcipta Terpelihara.